Emm.. selain dipanggil uri ianya disebut juga sebagai tembuni, placenta
dan ada juga yang menggelarkannya sebagai qarin. Berkaitan dengan qarin
aku kurang pasti kerana apa yang aku tahu qarin adalah satu makhluk
yang ada disetiap anak adam apabila lahir. Kiranya macam jin jugaklaa.
Tentang uri pula berdasarkan apa yang aku tengok adalah sesuatu yang
lahir bersama bayi dan dinasihat supaya diuruskan dengan baik kerana
ianya darah daging kita juga. Pada uri tu sendiri pun ada darah dan
daging. Kedudukan uri tu boleh kita tengok dalam gambarajah yang kat
atas tu. Sampai situ sahaja pemahaman aku. Sekiranya diikutkan ada
banyak lagi pemahaman-pemahaman lain tetapi bagi aku macam dah tersasar
terlalu jauh hingga boleh menimbulkan syirik pulak.
Membasuh Uri
Ada yang kata tak basuh pun tak menjadi
masalah tapi secara rasionalnya bagi aku seeloknya dibasuh dan dicuci
dengan bersih (bersih pada kacamata individu). Macam kita urus mayat
juga. Bukankah sebelum ditanam ianya dimandikan dulu. Rasanya macam tak
selesa pulak kalau nak ditanam dengan darah-darah yang melimpah tu.
Biasanya orang lumurkan dengan garam dan asam jawa
bagi menghilang bau hanyir. Untuk pengalaman aku sendiri masa first
time tengok uri ni dengan darah-darah yang melekat tu macam geli pun ada
tapi bia dah mula pegang dan membasuh haa.. masa tu dah tak kira apa
dah.. lama jugak proses membasuh untuk menghilangkan darah tu. Apapun
segalanya ikut kemampuan sendirila..
Menanam Uri
Sebelum ditanam seeloknya uri tu
diletakkan terlebih dahulu didalam sesuatu benda yang memungkinkan
binatang tak dapat untuk mencapainya. Jadi mengikut pengalaman aku pulak
aku bungkuskan dengan kain bersih ( ada yang guna kain putih macam urus mayat tu) kemudian diletakkan dalam periuk tanah.
Tahu apa periuk tanah? heh.. kalau kat kampung-kampung ada juga yang
letak dalam tempurung kelapa. Lepas tu cari mana-mana kawasan yang
sesuai untuk ditanam. Untuk mereka yang tinggal dibandar mungkin agak
sukar nak jumpa tanahkan, jadi kebanyakkan mereka tanam disekitar
masjid. Tanam di masjid ni bukan satu kemestian cuma biasanya kawasan
masjid ni tanah waqaf jadi takde masalah nak menggali dan menanam. Kalau
sebarang-sebarang kawasan nanti ada pulak kena saman. heh. aku tanam
depan rumah mak mertua aku jee..
Beberapa hal yang boleh jatuh syirik dan khurafat
Emm.. ini berkenaan proses untuk
menanam. Ada yang kata kena letak pensillaa, pakulaa dan kalau nak bagi
dia terer main bola letak bola sebijik dalam tu. Huh! Jadi sesiapa yang
nak anak jadi macam Bill Gates bolehla letak Laptop satu pastu bagitau
aku kat mana korang tanam ye.. Aku dah tanya beberapa ustaz dan menurut
mereka benda-benda tu takde kaitan langsung pun tetapi hanya kepercayaan
nenek moyang sahaja. Satu lagi pasal nak menanam kena pakai smart, baju
kot pastu ada kawasan-kawasan yang spesifik emm.. jangan diikutkan
sangat kerana bolah jatuh kepada perlakuan syirik dan khurafat dah tu.
Aku hanya berkongsi pengalaman serta
dari apa yang aku tahu. Sekiranya sesiapa ada nak tambah sila nyatakan
di ruangan komen. ok.
|