Related Posts with Thumbnails
T e r a t a k S i n g g a h
> > >   M u h a m m a d   A z f a r   D a n i s h   < < <

Thursday, 2024-04-18, 9:03 AM
Menu Utama
PENTERJEMAHAN

KEUTUHAN DOA
Ya Allah ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepadamu
di atas kekuatan-Mu
dan kekuasaan-Mu
menerusi ...
Kategori
Undian Anda
Rate my site
Total of answers: 2
Statistik
Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Daftar Masuk
Carian

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia ...

Salam merdeka, salam ramadhan, salam hari raya ... hahhaaha .. rawatan susulan bagi mengenalpasti kadar Serum Bilirubin dalam darah "Dr. madBa" dijalankan lagi sekali hari ini.

Kali ini dibuat di Klinik Kesihatan Perai sekali lagi, dibantu oleh Juruteknologii Makmal Perubatan ... Cik ... isk apa ya ? ... tak ingat pula.

Hari ni berita menarik buat kami ibubapa "Dr. madBa", kerana kadar tersebut menunjukkan penurunan dan seterusnya menunjukkan peningkatan dalam kesihatannya. Alhamdulillah, berita yang sangat ditunggu-tunggu ....

"Tak payah datang dah ... tunggu rumah kami datang melawat ... " ... mesra sungguh la diorang nih ... terima kasih ye.

Walaupun berita gembira di pagi hari ... di tengahari macam dukacita ... berlaku pula cirit kadar biasa ... sebelah petang pula .. sekali lagi cirit tahap ( mungkin ) biasa ... apapun ... demi kebaikkan semua .... Jom Ke Hospital !!! ...


Wallahhua'lam
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 902 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-09-01 | Komen : (0)

Bayi G6PD adalah bayi yang normal dan BOLEH hidup secara normal. Syaratnya ... mereka perlulah mengelak dari makanan dan ubatan tertentu ( seperti dinyatakan sebelum ini ).

Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ianya diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan bayi LELAKI. Namun, bayi PEREMPUAN adalah PEMBAWA kepada penyakit ini.

IA BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT !!!.


Wallahhua'lam.
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 659 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-31 | Komen : (0)

Sel darah merah akan dimusnahkan dengan cepat dan gejala-gejalanya adalah seperti berikut :-

a - Kulit dan mata berwarna kuning.
b - Air kencing berwarna Teh Pekat.
c - Pucat.
d - Letih dan tidak cergas.

BAWA ANAK ANDA KE HOSPITAL DENGAN SEGERA !!! . UNTUK RAWATAN SUSULAN.


Wallahhu'alam.
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 707 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-31 | Komen : (0)

-------------------------
PENTING a.k.a WAJIB
-------------------------

Anda perlu mengelakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan/kerosakkan sel-sel darah merah seperti :-

a - Kacang Parang ( Warna Coklat )
b - Ubat-ubatan yang diambil TANPA arahan doktor.
c - Ubat Gegat
d - Ubat-ubatan tradisional / jamu / sinseh ( Ubat Perubatan Cina )

Sebelum meninggalkan hospital. Sila pastikan anak anda menerima senarai ubat-ubatan mengikut arahan doktor ( Seperti dilampirkan oleh doktor ).

Serahkan senarai ubat-ubatan dan Kad G6PD kepada doktor bila anak anda sakit.

Wallahhua'lam
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 685 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-31 | Komen : (0)

a - Anda akan diberitahu dengan segera jika bayi masih berada di hospital, atau anda akan dihubungi melalui surat, atau anda akan dihubungi melalui telefon tentang keputusan tersebut.

>>> "Dr. madBa didapati POSITIF G6PD seawal 1 Jam dari tempoh kelahiran.



b - Langkah Pencegahan akan diambil iaitu dengan memasukkan anak anda ke wad untuk tujuan pemerhatian. Anak anda akan dijaga/dikawal/diselia/dirawat di wad pada kadar sekurang-kurangnya 5 hari.

>>> "Dr. madBa diminta untuk menjalani pemerhatian di Wad 1 ( Wad Kanak-Kanak - Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. )



c - Langkah pencegahan dan pemerhatian tersebut adalah sangat PENTING. Ini kerana bayi anda berisiko untuk mendapat PENYAKIT KUNING ( Jaundis ) dengan serta-merta DAN boleh menyebabkan kecacatan OTAK & Pendengaran.

>>> "Dr. madBa ( adakala ditahan di Wad 1 ) dan ibu/ayah sering berulang-alik untuk pem ... Read more »
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 709 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-31 | Komen : (0)

G6PD / ( Glucose 6 Phosphate Dehydrogenese ), adalah sejenis ENZIM DALAM SEL DARAH MERAH. Berfungsi untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan lebih awal dari sepatutnya.
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 16211 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-31 | Komen : (1)

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia ...

Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara Yang Ke-54 ( 31-Ogos-2010 ). Usia "Dr. madBa" pada hari ini adalah 16 Hari. :) .

Kelahiran di bulan kemerdekaan adakalanya menjadi satu yang menarik. Namun adakalanya menjadi suatu yang merunsingkan. Hari kemerdekaan pasti saja akan disambut oleh sebahagian besar rakyat negara. Pelbagai jenis sambutan dibuat. Ada yang ke sana-sini ( Kepada yang menyambut kelahiran atau telah menimang cahaya mata ? - TIADA ... tiada sebarang aktiviti lain selain "menjaga baby" ) .... ada juga yang menyambut dengan pelbagai cara lain termasuk membakar mercun !!!.

"Dr. madBa" juga tidak terlepas dengan aktiviti yang disambut oleh segelintir rakyat di kediaman ibubapanya. Terkejut ? .... hehehhe jangan kata orang tua, atau orang muda, yang sikat atau yang sakit, MERCUN adalah suatu yang amat ditakuti oleh ibu mengandung ... juga buat ibu dalam pantang.

Bila ada yang membakar dan meletup ... Read more »
Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 666 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-31 | Komen : (0)

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia ...

Lampiran :
Kategori : | Dibaca : 647 | Ditambah Oleh : airbort | Tarikh : 2010-08-29 | Komen : (0)

" Dr. madBa "

Usia : 1 Hari
Bicara

BorakVideo - Klik Di Sini


LETAK IKLAN DI SINI


Muhammad Azfar Danish © 2024