Sumber :Hubungi Dr. Raja Juhaidah
Semasa
didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui
tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan
bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa. Sebaik
dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya
lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin
sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan
merasa sakit semasa mengendalikanya. Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan? Tali
pusat bayi tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi
kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering
sepanjang masa.
Cara menjaganya 1. Pastikan
Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian
terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan
begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau
terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu
sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap
kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang bersih.
Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’
.Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang
selamat dan gunakan suhu yang sederhana. 2. Biarkan
ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari
akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi
tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci
dengan segera dan lap kering sepenuhnya. 3. Mandi
gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali
pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula
mandikan mengunakan tub atau sink. 4. Biarkan
ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik
tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang. Tanda jangkitan Semasa
tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau
terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda
seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor
dengan segera,
- Kelihatan kemerahan dan bengkak
- Berdarah tanpa berhenti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
|